Sehari selembar benang, Fatimah Songket bermula dari sebesar kuku menentang arus modenisasi menyulam kegemilangan kraftangan asli Terengganu. Fatimah Songket unggul hingga kini memperkembang seni budaya tersohor Terengganu. Puan Hajjah Halijah adalah perintis awal Fatimah Songket pada tahun 1895.
Bakat dan ketekunan kemudiannya diperturunkan kepada Puan Hajjah Zaharah Idris iaitu ibu dan guru tenunan songket Fatimah. Disamping bakat dan minat, kegigihan dan ketekunan adalah anugerah alam yang menjadi asas pengukuhan pembinaan empayar Fatimah Songket berdaya saing mencipta kecemerlangan dan melonjak kegemilangan seni budaya hak orang Terengganu.
Fatimah Songket mengutarakan pelbagai rekacorak dan kombinasi warna beraspirasikan budi dan daya wajah Melayu dalam tenunan dengan sopan, tertib, teliti dan harmoni. Tenunan Fatimah Songket kekal hebat kerana apa yang diwarisi dipelihara hingga mekar dan dipertahankan secara tradisi. Memang wajar ramai yang meletakkan Fatimah songket sebagai “trademark” kualiti songket asli Terengganu.
Tidak hairanlah Sir Hugh Cliford pada abad ke 19 pernah melabelkan Terengganu sebagai ‘Birmingham di Tanah Melayu” kerana hasilkan kerja-seni yang berkualiti dan tinggi nilai estetikanya. Hasil kerja Fatimah Songket menjulang gemilang seni songket Terengganu dengan kejelasan motif, arahtuju dan kerja seni yang berpandangan jauh. Benar kata pepatah, “Alah membeli, menang memakai”.
Produk Fatimah Songket bukan sekadar bahan koleksi aprisiasi seni tetapi mampu mendidik dan menjana keuntungan yang menambah kukuh sosio-ekonomi bangsa. Pelanggan dijamin “menang memakai” dengan setiap produk berjenama Fatimah Songket dihasilkan daripada ketelitian dalam menjaga dan mengawal kualiti. Ia ditempatkan pada tahap pertama dan terpenting. Tidak hairanlah jika ada yang menamakan Fatimah Songket sebagai “Duta Songket Asli Terengganu”.
Kini Fatimah songket mengintai peluang di Bazaar Warisan tanpa halangan untuk memperkembang bisnes dan memertabatkan seni budaya Terengganu selaras dengan Kuala Terengganu yang dimasyhurkan sebagai Bandaraya Pesisir Pantai. Fatimah Songket adalah pelengkap kepada Seni Warisan.
-