img1 img2 img3

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha Kepada Semua Pelanggan dan Sahabat Yang Dihargai.

Tuesday, August 31, 2010

Kini Pakaian Budaya Dekat Di Hati, Fatimah Songket Dekat di Mata...

Sehari selembar benang, kini Fatimah Songket mengorak langkah membawa pakaian budaya yang mula asalnya dari Terengganu, Kain Songket dengan membuka cawangan terbaharu kami di Bangsar Shopping Centre. Pasti lebaran anda akan bertambah ceria kerana Songket Asli Terengganu yang bukan seperti batik basahan kini dikejiranan kotaraya anda. Pasti menang membeli dan enang memakai kerana Lagenda Songket Terengganu menjimatkan masa perjalanan dan bebas TOL Lebuhraya Timur Barat. Fatimah Songket, satu-satunya kedai Budaya Terengganu di Bangsar mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik, (bak kata Puan Seri Saloma).. tidak kira miskin kaya, kecil besar, tua muda.Apalagi yang lelaki tua, bila berjalan dengan kaki tiga, tersenyum pula sambil ketawa, kerana Fatimah Songket di tingkat satu, Bangsar Shopping Centre.



Fatimah Songket Bangsar
F114, FIRST FLOOR,
BANGSAR SHOPPING CENTRE,
285 JALAN MAAROF, BUKIT BANDARAYA,
59000 KUALA LUMPUR
TEL 03-20921096
FAX 09-6314749
EMAIL fatimahsongket@gmail.com

Sunday, August 29, 2010

Apa Erti Kemerdekaan?

Wednesday, February 17, 2010

Sehari Selembar Benang

Sehari selembar benang, Fatimah Songket bermula dari sebesar kuku menentang arus modenisasi menyulam kegemilangan kraftangan asli Terengganu. Fatimah Songket unggul hingga kini memperkembang seni budaya tersohor Terengganu. Puan Hajjah Halijah adalah perintis awal Fatimah Songket pada tahun 1895.

Bakat dan ketekunan kemudiannya diperturunkan kepada Puan Hajjah Zaharah Idris iaitu ibu dan guru tenunan songket Fatimah. Disamping bakat dan minat, kegigihan dan ketekunan adalah anugerah alam yang menjadi asas pengukuhan pembinaan empayar Fatimah Songket berdaya saing mencipta kecemerlangan dan melonjak kegemilangan seni budaya hak orang Terengganu.

Fatimah Songket mengutarakan pelbagai rekacorak dan kombinasi warna beraspirasikan budi dan daya wajah Melayu dalam tenunan dengan sopan, tertib, teliti dan harmoni. Tenunan Fatimah Songket kekal hebat kerana apa yang diwarisi dipelihara hingga mekar dan dipertahankan secara tradisi. Memang wajar ramai yang meletakkan Fatimah songket sebagai “trademark” kualiti songket asli Terengganu.

Tidak hairanlah Sir Hugh Cliford pada abad ke 19 pernah melabelkan Terengganu sebagai ‘Birmingham di Tanah Melayu” kerana hasilkan kerja-seni yang berkualiti dan tinggi nilai estetikanya. Hasil kerja Fatimah Songket menjulang gemilang seni songket Terengganu dengan kejelasan motif, arahtuju dan kerja seni yang berpandangan jauh. Benar kata pepatah, “Alah membeli, menang memakai”.


Produk Fatimah Songket bukan sekadar bahan koleksi aprisiasi seni tetapi mampu mendidik dan menjana keuntungan yang menambah kukuh sosio-ekonomi bangsa. Pelanggan dijamin “menang memakai” dengan setiap produk berjenama Fatimah Songket dihasilkan daripada ketelitian dalam menjaga dan mengawal kualiti. Ia ditempatkan pada tahap pertama dan terpenting. Tidak hairanlah jika ada yang menamakan Fatimah Songket sebagai “Duta Songket Asli Terengganu”.

Kini Fatimah songket mengintai peluang di Bazaar Warisan tanpa halangan untuk memperkembang bisnes dan memertabatkan seni budaya Terengganu selaras dengan Kuala Terengganu yang dimasyhurkan sebagai Bandaraya Pesisir Pantai. Fatimah Songket adalah pelengkap kepada Seni Warisan.

Events & Celebrations

Media Releases: News Desk

Pengikut

 

© 2009 -Fatimah Songket Terengganu | Blogger Template Designed by Choen | Using The 1KB Grid | Powered by Blogger